BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

ĦƬƬƤ://ƵΔ˩ЄЄƧĦΔ.β˩ѲǤƧƤѲƬ. ƆѲѦ

Monday, 26 December 2011

Dara Atau Tiada Dara?

Assalamualaikum sahabat, merujuk kepada tajuk di atas, ramai rasanya sudah melihat begitu tinggi ku angkat wanita dalam penulisanku, tetapi itu adalah harapan sebenar aku buat semua wanita bukan sekadar membuta tuli memuji. Kerna aku bukan seseorang yang bermulut manis, jika aku berkata atau menulis ia datang dari hati.

Kali ini tidak salah rasanya jika aku berkongsi kerisauan yang melanda diri ini tentang maruah mereka? Kesinambunganya di sini, aku pelik bin ajaib pada zaman sekarang seolah-olah DARA itu tiada harga. Kenapa aku berkata begitu? Takkan kita tidak sedar tentang bilangan anak luar nikah yang membanjiri Malaysia saban tahun.

Seramai 214,033 anak luar nikah tidak sah taraf dan tidak berbapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara sehingga tahun 2009 tidak termasuk yang tidak didaftarkan, mati dibunuh atau di buang dalam tong sampah. Jika mereka faham tentang nilai DARA itu pasti tidak semudah menyerahkannya kepada lelaki yang bertuhankan nafsu serakah. Adakah disebabkan cinta itu buta??? Itu alasan bodoh!

Jadi! Jelas terserlah seramai 214, 033 perempuan Malaysia yang hilang DARA! dan mengandung sebelum bernikah sepanjang 2005 hingga 2009. Itu yang diketahui, yang tidak? Adakah angka itu terlalu sedikit dan kita tidak perlu risau? Mengapa begitu ramai? Dianiayai? Dirogol? Aku yakin itu hanya segelintir dan sememangnya bukan salah mereka. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Jadi jika benar mempertahankannya, masakan lelaki bernafsu serakah mudah menerobos? Bagiku DARA adalah lambang kesucian dan maruah seorang gadis.

Wanita yang mengkhianati DARA mereka, seolah juga telah mengkhinati kesucian dan maruah yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Ku angkat dara itu sebagai TAKHTA seorang gadis suci. Manapula hanya seorang jejaka yang hebat sahaja mampu merajai TAKHTA tersebut, iaitu seseorang lelaki yang bernama suami, berpaksi akad yang sah serta disaksikan Allah SWT.


Firman Allah dalam surah Al Mu'minun: 1-5, bermaksud "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,[1] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia [3] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) [4] Dan mereka yang menjaga kehormatannya [5]"



Hari ini, daku selidik masih ramai lelaki yang mahu bakal isterinya itu berDARA walaupun sejahil dan sejahat mana sekalipun lelaki itu. Jadi bagi wanita yang sudah tiada dara? Yang masih dara pula lahir silih berganti.. Apakah kesudahan mereka? Adakah mereka tidak layak bersuami? Sudah tentu mereka masih ada hak!

Tetapi bukan semudah tanggapan akal yang cetek! kerna manusia tipikal masih beranggapan "Isk, pompuan tu lawa tapi dah takde dara, tak nak aku buat bini". Apa pula tindakan bakal ibu mertua setelah tahu bakal menantunya sudah ditebuk tupai? Ketawa terbahak-bahak? Bahkan... apa yang lebih teruk, apabila wanita yang sambil lewa menjaga maruahnya itu, dikurniakan suami yang sangat baik, adakah dia tidak perlu rasa bersalah setelah meludah kehormatannya untuk dinodai lelaki lain dan mengkhianati hak suaminya?

Juga adakah seseorang wanita yang tidak menjaga maruahnya merasakan "oren" apabila mendapat suami yang jahat lagi kejam lalu ada yang berkata "memang layak pun perempuan liar macam sipolan tu dapat suami macam gitu? Tepuk dada tanya iman kerna Janji Allah, Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

Jadi kuseru wanita-wanita tak kira bangsa dan agama jagalah maruahmu, tutuplah tubuhmu, cekalkanlah hatimu, dan ingat berfikirlah dengan waras sebelum mengambil keputusan, jika buntu mintalah petunjuk Ilahi. Hukum Allah itu benar, jika terasa diri itu jahil kembalilah ke jalan Allah. Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana seindah hiasan adalah Wanita Solehah.

Seorang wanita yang solehah itu adalah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki Xsoleh,
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali..
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

P/S: Maaf sahabat jika gaya penyampaian yang ditonjolkan sekadar menzahirkan emosi terhadap sesuatu penulisan. Ia sekadar cebisan jiwa yang belum tepat kesahihannya. Maaf sekali lagi kerna daku insan yang tak sempurna. Tiada niat untuk tunjuk pandai . Sekadar berkongsi yang terbuku di hati dan di minda.



Trouble Maker - Trouble Maker

 
A
H
S
E
E
L
A
Z