BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

ĦƬƬƤ://ƵΔ˩ЄЄƧĦΔ.β˩ѲǤƧƤѲƬ. ƆѲѦ

Tuesday 27 December 2011

Cinta jika menurut hawa nafsu

Cinta sebenarnya perkara yang baik. Ramai yang akuinya. Namun ramai yang mengambil kesempatan dengan cinta ini untuk mendapatkan habuan. Kalau lelaki habuah utama adalah seks. Ya bukan saya otak kuning,memang itu yang selalu di minta oleh lelaki kepada wanita yang menjadi pasangan mereka. Bukan semua begitu tapi ramai yang bertindak begini.

Wanita yang lemah iman mereka akan memberikan apa sahaja yang diinginkan pasangan mereka walaupun tahu berat dosa berzina itu. Sedangkan memegang wanita bukan muhrim itu lebih baik memegang anjing atau babi. Ini kan pula berzina. Ramai skeptikal bila ada perempuan bertudung di youtube memegang anjing atau babi,tapi ramai tak ambil peduli bila ramai peremuan bertudung memegang tangan kekasih hati mereka. Walhal memegang anjing atau babi tidak berdosa pun,dan perlu dicuci dengan air tanah sekali dan air mutlak 6 kali.

Tetapi memegang tangan yang bukan mahram?Mencuci tangan tidak akan menghapuskan dosa. Jadi berpada-padalah dengan cinta. Jangan menurutkan hawa nafsu anda. Kerana nafsu amat suka mendorong manusia untuk melakukan kejahatan. Jika belum bercinta elakkan dulu. Kerana bercinta selepas kahwin tu lagi baik berbanding bercinta selepas kahwin. Ramai yang bercinta lepas kahwin lebih bahagia berbanding mereka yang bercinta sebelum kahwin.

Mengapa saya kata begitu?Sebab bercinta sebelum kahwin akan membangkitkan perbezaan semasa bercinta dan selepas kahwin. Manakala kalau bercinta lepas kahwin,kita mula sesuatu yang baru. Jadi kepada yang sedang bercinta,jagalah iman anda,jangan duduk berdua-duaan kerana ditengah-tengah itu wujudnya orang ketiga iaitu syaitan yang durjana. Moga sahabat sekalian terpelihara dalam mengejar cinta



Trouble Maker - Trouble Maker