BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

ĦƬƬƤ://ƵΔ˩ЄЄƧĦΔ.β˩ѲǤƧƤѲƬ. ƆѲѦ

Tuesday 27 December 2011

Cinta kembali

Cinta kembali lagi,ya memang betul.Setelah beberapa hari disuspend kerana tak bayar hosting hehe…kini cinta kembali lagi. Hari ini nak sambung cerita cinta lagi supaya terus kita hangat dengan cinta. Ramai dikalangan kita masih lagi tak percaya bahawa cinta itu boleh membawa kebahagiaan. Sehingga ramai yang mengabaikan cinta itu sendiri.

Apa maksud mengabaikan cinta?

1)Cinta tidak berlandaskan agama adalah satu bentuk pengabaian cinta. Ya sebab cinta itu sendiri adalah perkara yang baik tetapi sering di jadikan alasan untuk melakukan perkara haram.

2)Cinta tidak disuburkan dengan unsur nasihat menasihati.Ya cinta adalah perkara yang harus diselangi dengan unsur nasihat. Tanpa nasihat yang baik pastinya anda akan gagal.Jangan menurut sangat,kadang kala kena tegur jugak walaupun pahit.

3)Cinta sering dijadikan alasan untuk meninggalkan kepentingan keluarga. Belum ada ikatan lagi dah ada macam-macam alasan untuk jauhkan dari keluarga. Ini seharusnya dielakkan.

Moga segala tips hari ini akan memberikan bantuan kepada anda semua yang sedang bercinta atau bakal bercinta. Apa yang ditulis ini adalah pendapat dan pengalaman peribadi saya. Moga kita akan terus mendapat rahmat Allah dalam mengharungi dunia cinta.



Trouble Maker - Trouble Maker