BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

ĦƬƬƤ://ƵΔ˩ЄЄƧĦΔ.β˩ѲǤƧƤѲƬ. ƆѲѦ

Tuesday 27 December 2011

Lelaki tak bertanggungjawab

Semalam masih lagi terkesan dengan kisah seorang lelaki(baru sahaja meninggal dunia semalam)-moga rohnya ditempatkan dengan orang beriman dan diampunkan dosanya.Cerita ini cuma dikongsikan sebagai ikhtibar. Baiklah lelaki ini umurnya dah 40 an dan keatas. 15 tahun lalu lelaki ini hidup bahagia,simpanan cukup,hutang pada tahap minima. Namun selepas itu hidupnya berubah setelah beliau bertekad menambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan.

Kisahnya beliau berkenalan dengan wanita di tempat kerja. Lelaki yang baik ini dan ramah membuatkan wanita terpikat. Wanita ini menggunakan kesempatan untuk memikat lelaki ini walaupun tahu si lelaki sudah berumah tangga. Apa yang malangnya segala wang simpanan lelaki ini habis dikikis oleh wanita pisau cukur ni. Licin duit simpanannya,dan bayaran ansuran rumah lansung tidak dibayar. Segala perihal peribadi,percintaan lelaki ini dicatat dalam diari(jiwang gak orang tua ni).

Namun langit tidak selalu cerah,beliau jatuh sakit. TUhan memberikan lelaki ini penyakit. Si isteri secara kebetulan menjumpai diari yang mencatatkan segala hal peribadi lelaki ini dan terbongkarlah rahsia segalanya. Remuk luluh hati si isteri yang setia. Bayangkan wang belanja dapur,semua tidak diberi dan ditanggung oleh isteri.

Kematian lelaki ini meninggalkan segala hutang rumah yang bakal dilelong akibat tidak dibayar ansurannya. Kasihan kan?Kepada lelaki sekalian,insaflah,jangan sampai diri anda jadi begini!

Mahu lihat anak pinak merempat?Gunakan akal dalam tindakan.Jangan gunakan perasaan. Setia pada isteri anda yang sanggup berkorban untuk anda.MOga hidup anda bertambah berkat. Sama-sama jadikan ikhtibar.



Trouble Maker - Trouble Maker